Analisis parameter kualiti air tuaian hujan kajian kes: cameron highlands, pahang

Journal of Borneo Social Transformation Studies(2023)

Cited 0|Views2
No score
Abstract
Penelitian terhadap kecukupan sumber air mentah merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan kesejahteraan kehidupan masyarakat yang berterusan. Sistem penuaian juga merupakan satu altenatif yang disarankan sebagai langkah untuk memastikan terdapat takungan bekalan air mentah bagi kegunaan masyarakat sama ada bagi kegunaan luaran mahupun kegunaan dalaman ketika bekalan air terawat terhenti. Sehubungan itu, bekalan air tuaian hujan yang berkualiti perlu diberikan perhatian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman. Namun, pembangunan secara tidak seimbang yang berlaku pada masa kini telah memberikan impak yang besar terhadap tahap kualiti air tuaian hujan yang akan merugikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara untuk jangka masa panjang. Kajian lepas menunjukkan wujud keperluan untuk mengkaji dan meneliti tahap kualiti air tuaian hujan bagi menentukan tahap kesesuaian air hujan ini sebelum boleh digunakan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kawasan Cameron Highlands, Pahang. Parameter kualiti air iaitu NH³N, BOD dan beberapa parameter Logam Berat (Cd, Pb, Fe, dan Mn) digunakan dalam analisis ini. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah utama iaitu dengan mengambil sampel air hujan di tiga kawasan berbeza di kawasan kajian iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Kedua, tinjauan dan soal selidik telah dijalankan dengan melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada masyarakat setempat. Analisis parameter kualiti air bagi NH³N mendapati kesemua sampel air hujan yang diambil pada musim lembap sememangnya tidak selamat digunakan kerana kandungan NHзN yang sangat tinggi (>1.5mg/l) berbanding sampel yang diambil pada musim kering. Bagi analisis BOD pula, mendapati tahap kandungan BOD dalam sampel air adalah tinggi dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber air minuman pada kedua-dua musim (>6 mg/l). Manakala, hasil analisis terhadap persepsi masyarakat berkaitan kualiti air hujan mendapati penduduk setempat bersetuju dengan pembangunan yang tidak seimbang mampu menjejaskan kualiti air hujan. Justeru itu, pembangunan yang terkawal dan dirancang mampu membantu untuk memastikan air tuaian hujan pada masa akan datang akan lebih berkualiti.
More
Translated text
AI Read Science
Must-Reading Tree
Example
Generate MRT to find the research sequence of this paper
Chat Paper
Summary is being generated by the instructions you defined