Elemen Sokongan Pelaksanaan Program Pembangunan Jati Diri Remaja Delinkuen di Institusi Pemulihan Akhlak

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi(2023)

Cited 0|Views5
No score
Abstract
Peningkatan kemasukan pelatih ke institusi pemulihan perlu diambil.perhatian oleh semua pihak. Pelbagai kes dikenal pasti melibatkan golongan remaja yang ditempatkan di institusi pemulihan akhlak di Malaysia. Keberkesanan usaha pemulihan akhlak anak-anak remaja di institusi-institusi pemulihan akhlak memerlukan sokongan semua pihak. Artikel ini bertujuan mengemukakan elemen-elemen sokongan yang menyumbang terhadap keberkesanan pelaksanaan program pembangunan jati diri dalam kalangan remaja delinkuen di institusi pemulihan akhlak. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan protokol temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Hasil temu bual mendapati tiga elemen sokongan utama bagi pelaksanaan program pembangunan jati diri remaja delinkuen di institusi pemulihan akhlak ialah aspek guru/pembimbing, ibu bapa dan diri sendiri. Elemen-elemen ini mempengaruhi keberkesanan program pembangunan jati diri remaja delinkuen dalam mendepani cabaran dan pengaruh sosial yang negatif dalam kehidupan seharian.
More
Translated text
Key words
program
AI Read Science
Must-Reading Tree
Example
Generate MRT to find the research sequence of this paper
Chat Paper
Summary is being generated by the instructions you defined