Student Feedbacks on the Use of Technology in Learning Spanish

Salina Husain,Ramiza Darmi, Farhana Muslim Mohd Jalis,Mariyati Mohd Nor, Radhiah Ismail

Law Policy and Social Science(2022)

引用 0|浏览2
暂无评分
摘要
Abstrak Sistem pendidikan pada masa sekarang telah melalui satu fasa tranformasi ke arah pembelajaran berasaskan teknologi. Banyak pendekatan teknologi sudah diaplikasikan dalam pembelajaran sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Penggunaan media baharu seakan-akan menjadi satu trend, kesan daripada pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada masa sekarang. Pelajar telah didedahkan dengan platform atas talian seperti zoom, webex, you tube, Instagram, facebook, tik tok dan sebagainya untuk membuat persembahan tugasan. Oleh yang demikian, dalam kertas kerja ini akan melihat maklum balas pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa Sepanyol peringkat asas di Universiti Putra Malaysia. Seramai 104 pelajar memberi maklum balas berkaitan dengan kepuasaan mereka mempelajari bahasa Sepanyol melalui penggunaan teknologi seperti you tube. Selain itu aplikasi atas talian untuk tujuan pembelajaran juga diperkenalkan seperti wordwall, duolingo, lingua.com, spanishspanish.com dan studyspanish.com. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan teknolgi digunakan dan menganalisis maklum balas pelajar terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol berdasarkan penilaian pengajaran yang perlu dibuat. Secara rumusan berdasarkan hasil dapatan, kebanyakkan pelajar sangat berpuas hati dengan pendekatan teknologi yang digunakan oleh pensyarah.
更多
查看译文
关键词
student,technology,learning
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要