Chrome Extension
WeChat Mini Program
Use on ChatGLM

Perdana menteri malaysia dan usaha islamisasi pasca kemerdekaan (1957-1981)

e-Bangi Journal of Social Science and Humanities(2022)

Cited 0|Views1
No score
Abstract
Islam merupakan agama persekutuan Malaysia dan merupakan salah satu faktor utama dalam politik dan kerajaan. Ia telah sebati dengan kehidupan dan cara hidup masyarakat Malaysia yang berindukkan orang Melayu beragama Islam sejak dahulu lagi. Sebagai sebuah negara bermajoriti muslim, Perdana Menteri selaku ketua kerajaan berasa bertanggungjawab menjalankan projek Islamisasi Malaysia hasil keadaan semasa dan desakan daripada pihak luar dan dalam kerajaan untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah negara majoriti muslim. Pasca kemerdekaan yang ditandai selepas 31 Ogos 1957 sehingga sebelum perubahan menjadi negara industri menyaksikan Islam mula mendapat tempat dalam segenap aspek pentadbiran kerajaan secara berterusan berdasarkan sumber-sumber yang telah dirujuk. Hasil kajian mendapati pelbagai usaha telah dilakukan oleh ketiga-tiga Perdana Menteri pasca kemerdekaan yang mana dilakukan secara berperingkat kerana mahu menjaga keharmonian kaum dan kestabilan negara yang baru sahaja mengecapi kemerdekaan. Fokus utama Islamisasi kerajaan pasca kemerdekaan dijalankan di dalam bidang pentadbiran, pendidikan, perundangan dan ekonomi. Ia berterusan sebagai suatu keperluan agenda Perdana Menteri Malaysia dalam merealisasikan Islam sebagai agama persekutuan.
More
Translated text
Key words
malaysia
AI Read Science
Must-Reading Tree
Example
Generate MRT to find the research sequence of this paper
Chat Paper
Summary is being generated by the instructions you defined