Kebolehpasaran Siswazah Melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja Di Politeknik

Sains Insani(2021)

引用 0|浏览1
暂无评分
摘要
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan dua medium pembelajaran iaitu pembelajaran teori di institusi pendidikan dan pengaplikasian amali di industri. Melalui penggabungan dua medium pembelajaran ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman industri yang relevan mengikut bidang pengajian yang dapat merapatkan jurang ketidaksepadanan di antara kehendak industri dan graduan yang dihasilkan oleh politeknik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk penerokaan pengalaman kebolehpasaran pelajar politeknik dalam tiga program perintis yang menggunakan kaedah PBK iaitu dalam program Diploma Lanjutan Rangkaian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) dengan kepujian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai. Penyelidik menggunakan kaedah temubual secara mendalam dan bersemuka dengan peserta kajian berpandukan protokol separa berstruktur terhadap tiga orang peserta kajian daripada politeknik. Hasil temubual yang telah diperolehi telah di transkrip dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian telah menunjukkan hasil daripada penerokaan pengalaman peserta kajian, penyelidik telah mendapati bahawa ketiga-tiga program telah menunjukkan kebolehpasaran siswazah yang tinggi dimana hampir kesemua siswazah telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Dapatan ini diharapkan dapat memberi implikasi dengan lebih banyak program pendidikan menggunakan kaedah PBK diperkenalkan kerana ianya dapat membantu siswazah untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Work-Based Learning (WBL) is a learning methodology that combined two workplaces: educational institutions for theoretical learing and industries.for the practical. The combination of these two learning mediums can give the exposure and experience according to the field of study that can bridge the gap and mismatch between the needs of the industry and graduates produced by polytechnics. The aim of this research is to explore the experience of polytechnic graduate employability via three pilot programmes that apply WBL methods; which are the Networking Advanced Diploma, Bachelor of Facility Management with Honours and Bachelor of Computer Engineering Technology (Medical) with Honours.. This study employed a multiple case study of qualitative approach. The data collections in the field study were conducted using in-depth, face-to-face interviews and semi-structured protocol with the three participants from polytechnics. The results of the interviews have been transcribed and analyzed thematically. The findings showed that all the three programs have shown high graduate employability by almost all the graduates have been hired as a worker within six months after the graduation. Based on the results of this study, hopefully more educational programs will using the WBL method because it can help graduates to get a job after the graduation. Keywords: Work-Based Learning; polytechnic; graduate employability; graduates
更多
查看译文
关键词
kerja
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要