Chrome Extension
WeChat Mini Program
Use on ChatGLM

Calon-calon Nukleus Galaksi Aktif Berubah-Rupa pada Z ≤ 0.02 dalam Katalog Swift-Bat Ke-105 Bulan

Muhammad Ezzat Abdul Hamid,Adlyka Annuar

Sains Malaysiana(2020)

Cited 0|Views1
No score
Abstract
Nukleus galaksi aktif berubah-rupa (CL AGN) adalah sebuah objek astrofizik yang jarang ditemui. Objek ini mengalami perubahan fluks dan spektra yang dramatik dalam skala masa beberapa tahun atau dekad. Dalam kertas ini, kami mengkaji sampel AGN berhampiran dengan kita yang terletak pada z ≤ 0.0200 dalam katalog Swift-BAT ke-105 bulan. Berdasarkan lengkung cahaya sinar-X bertenaga tinggi, kami mendapati bahawa 27 daripada 174 AGN; i.e. (15.51 ± 0.03)%, dalam sampel kami menunjukkan perubahan fluks yang signifikan berdasarkan ujian statistik. Jumlah ini menunjukkan pertambahan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah CL AGN yang dikenal pasti dalam alam semesta setakat ini. Ini mencadangkan bahawa objek tersebut adalah calon CL AGN. Kami juga mengkaji faktor fizikal yang mungkin menyumbang kepada perubahan yang dilihat pada calon tersebut berdasarkan bentuk lengung cahaya dan kajian lepas dan mendapati bahawa bagi satu objek, perubahan yang dilihat berkemungkinan besar disebabkan oleh kejadian gangguan pasang surut. Sementara itu bagi tiga calon, kajian lepas menunjukkan bahawa mereka mengalami perubahan spektra optik atau sinar-X. Ini mencadangkan bahawa calon ini mempunyai struktur torus yang tidak sekata. Hal ini bertentangan dengan apa yang dicadangkan oleh model satuan AGN, menunjukkan bahawa model ini mungkin tidak lagi sesuai digunakan sebagai gambaran umum struktur fizikal sesebuah AGN. Namun begitu, data dan kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti faktor ini dengan lebih terperinci dan bagi mengkaji faktor untuk calon CL AGN yang selebihnya dalam kajian kami yang selanjutnya.
More
Translated text
AI Read Science
Must-Reading Tree
Example
Generate MRT to find the research sequence of this paper
Chat Paper
Summary is being generated by the instructions you defined