Lakuan Ilokusi Ucapan Zahid Hamidi dalam PAU 2017 dan 2018 (Illocutionary Acts in Zahid Hamidi's PAU 2017 and 2018 Speeches)

GEMA Online Journal of Language Studies(2020)

Cited 4|Views0
No score
Abstract
Kajian berkaitan ucapan politik bukan sesuatu yang baharu dan telah dikaji daripada pelbagai aspek termasuk aspek penggunaan bahasa. Ucapan politik merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idea dan ideologi melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan politik bergantung kepada hujah yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini mengemukakan analisis tentang penggunaan lakuan tutur (LT) sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan. Objektif kajian ini ialah membandingkan penggunaan LT dalam dua situasi yang berbeza, seterusnya mentafsir dan memberi penjelasan akan dapatan yang diperolehi hasil daripada perbandingan tersebut. Data utama kajian merupakan dua teks ucaptama Zahid Hamidi, iaitu teks Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang berlaku sebelum pilihan raya umum ke -14 (PRU14) dan ucaptama dalam Perhimpunan Agung Umno 2018 yang diadakan selepas kekalahan parti dalam PRU14. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan tutur pengucap dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kempat-empat LT, iaitu LT Pengumuman ( Constatives ), Arahan ( Directives ), Perjanjian (Commissives ) dan Perakuan ( Acknowledgements ) diaplikasikan oleh pengucap. LT Pengumuman dan LT Arahan telah digunakan secara khusus untuk mempengaruhi dan meyakinkan pendengar akan hujah yang dikemukakan dalam PAU 2017 berbanding dalam PAU 2018. Kajian juga menunjukkan selepas PRU14, pengucap lebih banyak mengaplikasikan LT Perjanjian dan LT Perakuan.  LT Perjanjian dalam teks 2018 adalah sebanyak 10.3% berbanding 4.5% pada 2017 dan LT Perakuan dalam teks 2018 adalah sebanyak 9.3% berbanding 5.4% pada 2017. Perubahan ini disebabkan oleh keperluan bagi Zahid untuk menyesuaikan tutur katanya dengan senario sosio-politik pada tahun 2018. Hal ini membuktikan bahawa senario sosio-politik jelas mempunyai kesan terhadap jenis LT yang digunakan dalam ucapan ahli politik. Kajian ini juga memberi mesej kepada ahli politik supaya memastikan ucapan yang disampaikan mengandungi LT yang sesuai dengan keadaan semasa yang dapat difahami dengan mudah oleh penyokong mereka Kata kunci: perhimpunan agong UMNO; lakuan ilokusi; presiden; pilihan raya umum; ucapan politik  Illocutionary Acts in Zahid Hamidi's PAU 2017 and 2018 Speeches ABSTRACT Studies on political speeches are not new and cover various aspects including that of language use. Political speeches are a medium through which ideas and ideologies are communicated through language use for the sake of the listener’s understanding. The success of delivering a political speech depends on the use of persuasive arguments. This study presents an analysis of the use of speech acts as an effective argumentative strategy. Its two objectives are to compare the use of speech acts in two different situations, and to explain the results obtained from the comparison. The data of the study comprise two keynote addresses by Zahid Hamidi. The first is the keynote at the 2017 UMNO General Assembly before the 14th General Election (PRU14) in 2017, and the second is his keynote address at the 2018 UMNO General Assembly, after the party's defeat in PRU14. The analysis used qualitative method, adopting Bach and Harnish's (1979) theoretical framework. Overall findings show Zahid Hamidi used constatives, directives, commissives and acknowledgements in his speeches. Constatives and directives were specifically utilised to influence and convince the audience of his arguments more in his 2017 speech than in the 2018 one. After PRU14, Zahid used more of commissives and acknowledgments. Commissives stand at 10.3% in the 2018 speech, compared to 4.5% in 2017 and acknowledgements is at 9.3% in 2018 compared to 5.4% in 2017.  The change in use of the speech acts across the two years suggests that Zahid has had to adjust his use of words and language to fit in with the 2018 socio-political scenario. The results show that socio-political scenario clearly has an impact on the type of speech acts used in politicians’ speeches. The findings also send a message to politicians that their speeches should contain speech acts appropriate to the current scenario, which can be understood clearly by their supporters.  Keywords : UMNO general assembly; illocutionary acts; president; general election; political speech
More
Translated text
Key words
zahid hamidi,speeches,illocutionary acts,pau
AI Read Science
Must-Reading Tree
Example
Generate MRT to find the research sequence of this paper
Chat Paper
Summary is being generated by the instructions you defined